fbpx

Tidak minum ais, jaga pemakanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUSTAPA (kiri) menziarahi Kassim dan menyampaikan bantuan bulan Ramadan di rumahnya di Kampung Gua, Lipis semalam.

Oleh HARIS FADILAH AHMAD

LIPIS – Walaupun berusia 85 tahun dan semakin uzur, seorang warga emas, Kassim Mat masih mampu untuk berpuasa seperti biasa serta menjalani ibadat-ibadat lain.

Dia yang tinggal di Kampung Gua Lipis di sini berkata, meskipun dirinya mulai uzur, dia masih mampu untuk berpuasa dan yakin dapat berpuasa sepanjang Ramadan tahun ini seperti tahun-tahun sebelum ini.

“Saya amat gembira dengan kedatangan bulan Ramadan dan tidak pernah mengabaikan pe­rintah Allah supaya berpuasa genap sebulan.

“Saya tiada masalah untuk berpuasa dan bangun awal untuk bersahur sebelum meneruskan solat subuh dan bertadarus al-Quran,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas dikunjungi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padang Tengku, Datuk Mustapa Long di Kampung Gua di sini semalam.

Kassim yang mempunyai enam orang anak dan empat cucu tinggal bersama isterinya, Badariah Mat Dahan, 64.

Ditanya mengenai petua dalam menjaga kesihatan, Kassim memberitahu, tiada amalan luar biasa, cuma dia tidak mengamalkan minuman ais dan sentiasa minum air suam.

“Saya juga menjaga pemakanan khususnya makan nasi dan ulam-ulaman serta mengambil sedikit sahaja makanan berlemak seperti daging.

“Badan saya kini agak lemah dan pernah menjalani pemeriksaan di bahagian jantung, maklum sahajalah sudah lanjut usia, tetapi alhamdulillah mampu menunaikan ibadah puasa,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI