fbpx

Bazar Ramadan Balok diarah tutup sehari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUANTAN – Majlis Bandaraya Kuantan (MBK) mengambil tindakan tegas dengan mengarahkan penutupan sementara Bazar Ramadan Balok kerana didapati gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Arahan penutupan sehari itu dikeluarkan pasukan pemantau SOP daripada MBK dan agensi berkaitan petang semalam.

Datuk Bandar Kuantan, Datuk Hamdan Hussin berkata, keputusan itu bukan dibuat secara tergesa-gesa dan arahan dikeluarkan sebaik pihak yang bertanggungjawab memantau SOP di bazar Ramadan mendapati pihak penganjur dan peniaga tidak mematuhi arahan dikeluarkan pihak berkuasa.

“Keputusan ini (penutupan sementara) dibuat oleh pasukan Task Force yang mendapati mereka (peniaga) tidak mengamalkan SOP digariskan.

“Namun demikian, bazar ini akan dibuka kembali jika pihak pengajur bazar memperkemaskan SOP dan memastikan ia diikuti sepenuhnya oleh peniaga dan pengunjung,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengiringi Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail yang melakukan tinjauan Program Imunisasi Covid-19 Fasa 2 Peringkat Pahang di Wisma Belia, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut mengenai tindakan itu, Hamdan berkata, pasukan pemantauan SOP sudah melakukan tinjauan di bazar berkenaan sejak Sabtu lalu, sebelum mengeluarkan arahan penutupan sementara operasi bazar itu.

“Mereka (penganjur) melakukan pelbagai kesalahan antaranya tidak merekodkan atau mengambil suhu pelanggan (pengunjung); tidak menyediakan laluan untuk pendaftaran masuk menggunakan aplikasi MySejahtera dan tidak menyediakan laluan sehala untuk memudahkan dan mengawal pelanggan ketika berurusan di situ,” katanya.

Sebanyak 59 bazar dilaksanakan di seluruh negeri ini dengan 26 lokasi daripadanya adalah dalam daerah Kuantan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI