fbpx

Sedia belanja £100j beli Bellingham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BELLINGHAM (depan) menjadi pemain baharu yang diburu oleh Chelsea yang sanggup membelanjakan £100 juta bagi membawa Bellingham ke Stamford Bridge.

LONDON – Chelsea dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain Borussia Dortmund, Jude Bellingham pada jendela perpindahan musim panas nanti.

Pemain berusia 17 tahun itu dianggap antara prospek terbaik Eropah ketika ini selepas menyertai Dortmund dari Birmingham City tahun lalu dengan nilai £25 juta (RM142.8 juta).

Aksi yang ditampilkan ­Bellingham bersama Dortmund dalam semua pertandingan musim ini telah menarik minat banyak kelab gergasi Eropah termasuk Chelsea.

Kelab London yang dimiliki taikun minyak Rusia, Roman Abramovich itu dikatakan sedia untuk membelanjakan £100 juta (RM571 juta) bagi membawa Bellingham ke Stamford Bridge.

Permainan The Blues dilihat semakin meningkat selepas Thomas Tuchel menggantikan Frank Lampard yang dipecat dan beliau dikatakan berminat dengan kualiti Bellingham.

Ketika berada di bawah Lampard, Chelsea dilihat bersungguh-sungguh untuk mendapatkan khidmat kapten West Ham United, Declan Rice, namun kini mereka mengalih tumpuan ke arah Bellingham.

Bagaimanapun, The Blues mungkin berdepan cabaran untuk mendapatkan khidmat Bellingham memandangkan Dortmund kebiasaannya sukar melepaskan aset berharga mereka. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI