fbpx

‘Nak tangkap bos, periksalah SSM dapatlah info’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BRONT PALARAE

PETALING JAYA – “Nak tangkap bos, periksalah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dapatlah info.”

Itu antara perkongsian ciapan pelakon Bront Palarae rentetan isu pembikinan dua video promosi aktiviti judi dalam talian yang tular dalam media sosial sejak beberapa hari lalu.

Semalam, Ketua Polis Daerah Dang Wangi Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah mendedahkan, pihak polis sedang mengesan seorang lelaki dikenali sebagai Loh Kee Hoe yang dipercayai sebagai dalang utama kepada pembikinan video yang didakwa menghina kesucian agama Islam terutama pada bulan mulia ini.

Setakat ini, seramai 13 individu telah ditahan bagi membantu siasatan dua video iklan berkenaan. Pihak polis juga tidak dapat mengesahkan sama ada syarikat judi dalam talian terlibat berpusat di Malaysia atau luar negara.

Bront atau nama lengkapnya, Nasrul Suhaimin Saifuddin melalui ciapan sama berkata, bakat-bakat baharu jarang dimaklumkan tentang perincian kerja lakonan yang mereka akan lakukan.

“Talent-talent (bakat-bakat) baharu selalunya jarang dimaklumkan, kalau tanya lebih dicop banyak cekadak.

“Yang mengupah mereka selalunya ‘casting’ agensi. Brandowner (pemilik jenama) selalunya tak pernah turun set. Ketua pemasaran sahaja sebagai wakil bersama agensi iklan untuk kawal selia,” katanya.

Semalam Kosmo! Online melaporkan, Bront tampil mempersoalkan tindakan pihak berkuasa menahan hanya golongan yang ‘diupah’ (pelakon dan kru penggambaran) terlibat dalam penggambaran sebuah video yang mempromosikan perjudian secara dalam talian sempena Hari Raya Aidilfitri.

Katanya Bront, 43, punca masalah ialah mereka yang mengupah bukannya yang diupah. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI