fbpx

Mangsa melecur terkena renjatan elektrik kini stabil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Yasin Samsudin dirawat di HRPB selepas melecur terkena renjatan elektrik dalam kejadian ribut di Kampung Tasek di Ipoh. - Foto IHSAN KELUARGA

IPOH – Niat baik seorang lelaki untuk mengalihkan kepingan zink rumahnya yang diterbangkan ribut ke landasan kereta api tidak kesampaian apabila cedera selepas terkena renjatan elektrik.

Mohd. Yasin Samsudin, 35, yang melecur lebih 60 peratus di badan itu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini dan keadaannya kini dilaporkan stabil.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.30 petang Rabu lalu, rumah Mohd. Yasin antara 127 kediaman di Kampung Tasek, Bercham yang terjejas teruk akibat hujan lebat dan angin kencang.

Menurut ibu Mohd. Yasin, Hatiah Mat Piah, 70, dia menyedari kejadian menimpa anak kedua daripada tiga beradik itu selepas terdengar jeritan anak sulungnya dari luar rumah.

Katanya, dia yang bergegas keluar terkejut apabila melihat Mohd. Yasin kaku tidak sedarkan diri sambil digendong abangnya keluar dari kawasan landasan bersebelahan rumah mereka.

“Sebelum kejadian, hujan memang lebat dan angin sangat kuat. Semua bumbung rumah diterbangkan angin sehingga ada yang masuk ke kawasan landasan kereta api.

“Saya sendiri tidak sedar bila Mohd. Yasin pergi ke landasan itu tapi dia ada beritahu yang kereta api akan lalu dalam masa 10 minit dan bahaya jika terkena zink.

“Semasa tarik zink itulah dia terkena renjatan elektrik. Mujur abangnya nampak dia rebah dan segera gendong dia balik ke rumah sebelum dihantar ke hospital oleh bomba,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Tasek di sini hari ini.-K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI