fbpx

Restoran mamak ‘drive thru’ antara 15 premis diperiksa JAIPk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Salah sebuah restoran nasi kandar terkenal yang diperiksa Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), semalam.

IPOH –  Sebuah restoran nasi kandar terkenal di sini yang menyediakan perkhidmatan pandu lalu hanya pada bulan Ramadan antara 15 premis makanan yang diperiksa Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk), semalam.

Pengarah JAIPk, Datuk Mohd. Yusop Husin berkata, pemeriksaan menerusi Op Plastik Hitam itu bukan hanya dijalankan di kedai mamak malah premis makanan lain.

Katanya, dalam operasi itu, teguran dan nasihat diberikan kepada pengusaha atau pemilik premis makanan supaya menghormati bulan Ramadan dan tidak bersubahat menjual makanan kepada kaki ponteng puasa.

“Selain teguran dan nasihat, kita juga memberi amaran kepada mereka yang ditahan atas kesalahan tidak menghormati Ramadan.

“Operasi dan pemantauan seperti ini akan dijalankan setiap hari sehingga akhir Ramadan dengan menggerakkan 170 penguat kuasa di seluruh negeri,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Penguat kuasa Agama JAIPk, Ahmad Nizam Amiruddin berkata, dalam operasi itu tiada notis kesalahan dikeluarkan ekoran pembeli yang merupakan orang Islam hanya membeli makanan bungkus, bukannya makan di khalayak ramai.

Katanya, semua pengusaha dan pemilik premis juga telah diingatkan agar tidak membenarkan premis mereka digunakan orang Islam sebagai tempat makan pada siang bulan Ramadan. K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI