fbpx

Dua peniaga bazar rugi RM40,000 khemah jualan terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hanisah menunjukkan pakaian kanak-kanak yang musnah dalam kebakaran di Bazar Syawal Pekan Rabu di Kuah, Langkawi pada pagi tadi.

LANGKAWI – Dua peniaga Bazar Syawal Pekan Rabu di Kuah di sini berputih mata apabila barang jualan dianggarkan bernilai RM40,000 musnah selepas khemah jualan di tapak perniagaan itu terbakar, pagi ini.

Kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu melibatkan empat khemah jualan yang mana hanya dua khemah mempunyai barang jualan.

Peniaga, Marhaimi Ibrahim, 53,  berkata, dia baru sahaja meletakkan baju Melayu dan kurta yang di khemah tersebut pada semalam.

“Tidak tahulah nak cakap macam mana, rasa terkejut pun ada sebab saya baru hendak mula berniaga pada malam ini tetapi dah rugi hampir RM20,000,” katanya yang ditemui di tapak khemahnya hari ini.

Seorang lagi peniaga, Hanisah Abu Bakar, 37, berkata dia mengalami kerugian kira-kira RM20,000 kerana telah meletakkan semua pakaian kanak-kanak yang dijualnya di situ.

“Pada semalam, sebelum saya balik ke rumah kira-kira pukul 1 pagi, keadaan di khemah jualan masih seperti biasa,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI