fbpx

Bazar Ramadan Tok Adis diarah tutup 14 hari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Notis penutupan Bazar Ramadan Tok Adis, Kuala Terengganu selama 14 hari bermula semalam.

KUALA TERENGGANU – Bazar Ramadan Tok Adis di sini menjadi bazar Ramadan pertama di negara ini yang diarah tutup kerana kegagalan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) norma baharu ditetapkan.

Bazar Ramadan tersebut diarah tutup selama 14 hari sehingga 30 April depan.

Tindakan penutupan bazar Ramadan terpaksa diambil setelah penganjurnya gagal mengawal kemasukan pengunjung pada empat hari pertama penganjurannya.

Bazar Ramadan diarahkan tutup untuk kerja-kerja pembaikan SOP bagi mengelak merebak sesuatu penyakit berjangkit bermula pukul 8 malam semalam.

Ia selaras dengan Seksyen 18, Akta Pencegahan danPengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya di sini hari ini.

Pengarah Kesihatan Terengganu, Nor Azimi Yunus mengesahkan arahan penutupan
Bazar Ramadan Tok Adis.

Difahamkan berlaku kesesakan ketara di bazar Ramadan berkenaan sejak hari pertama pembukaannya pada Selasa lalu. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI