fbpx

Perintah berkurung di 4 wilayah Thai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai beratur untuk menjalani ujian Covid-19 di Khao San Road, kelmarin. - Arnun Chonmahatrakool

BANGKOK – Kerajaan Thailand berkemungkinan akan menguat kuasakan perintah berkurung di sebahagian ibu negara Bangkok dan wilayah sekitar seperti Chiang Mai, Prachuap Khiri Khan serta Chon Buri, lapor akhbar Bangkok Post semalam.

Pertimbangan ini disuarakan selepas negara gajah putih itu mencatat kes positif tertinggi terbaharu kelmarin dengan 1,335 jangkitan dengan hanya sembilan dilaporkan bukan penularan tempatan.

Selain rancangan perintah berkurung di beberapa wilayah, kawalan kesihatan terhadap langkah-langkah pengekangan wabak Covid-19 juga akan dipertingkatkan.

Menurut Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Negara Thailand dan Ketua Jawatankuasa Kecil Pusat Pentadbiran Situasi Covid-19 (CCSA), Jeneral Natthapon Nakpanich, cadangan tersebut dibincangkan dalam mesyuarat harian kelmarin.

CCSA telah membincangkan tentang isu perintah berkurung ini dengan Kementerian Kesihatan Awam semalam dan sebarang keputusan akan diumumkan selepas mendapat nasihat serta pendapat pihak berkuasa kesihatan.

Perdana Menteri Thailand, Prayut Chan-o-cha mengadakan mesyuarat CCSA pada petang semalam melalui telekonferensi bagi membincangkan penguatan cadangan perintah berkurung separa, demikian menurut sumber.

Dalam pada itu, peruncit dan pusat beli-belah di seluruh negara telah diarahkan menutup perniagaan mereka lebih awal iaitu pada pukul 9 malam dalam usaha terakhir sektor swasta untuk membantu mengekang wabak ketiga Covid-19.

Arahan penutupan awal itu telah berkuat kuasa mulai semalam sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Presiden Persatuan Peruncit Thailand (TRA), Yol Phokasub dengan sokongan Persatuan Pusat Beli-belah Thailand (TSCA) mengumumkan hal itu kepada anggota persatuan mereka seluruh negara bahawa mereka mesti memaksimumkan langkah-langkah pemeriksaan Covid-19 mereka.

Sementara itu, Phuket yang dijangka dibuka semula untuk pelancong luar dalam masa terdekat turut dijangka akan kembali ke mod perintah berkurung kata pakar kesihatan awam, Dr Pitakpol Boonyamalik.

“Jumlah jangkitan Covid-19 baru di wilayah kesihatan ini akan terus meningkat dari hari ke hari. Saya perlu mencadangkan agar jawatankuasa kawalan penyakit berjangkit wilayah Phuket mempertimbangkan untuk kembali ke perintah berkurung selepas Pesta Songkran baru-baru ini,” tegas Pitakpol. – Agensi

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI