fbpx
Gambar graf yang dikongsi KKM menerusi laman Facebooknya hari ini

Kadar kebolehjangkitan di seluruh negara terus meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Kadar kebolehjangkitan Covid-19 atau R-naught (R0) pada jangkaan mengikut kes seharian pada semalam untuk seluruh negara terus meningkat kepada 1.14.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi laman Facebook rasminya turut memaklumkan, Terengganu mencatatkan kadar kebolehjangkitan Covid-19 tertinggi iaitu sebanyak 1.30 diikuti Kelantan 1.27 dan Putrajaya 1.26.

KKM turut menasihati orang ramai agar terus mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi memutuskan rantaian jangkitan.

Terdahulu, Kosmo! melaporkan tujuh daerah di Kelantan dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selama dua minggu bermula 16 April sehingga 29 April ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Negeri, Dr. Izani Husin berkata, daerah yang terlibat dengan pelaksanaan PKP adalah Kota Bharu, Pasir Mas, Pasir Puteh, Bachok, Machang, Tumpat dan Tanah Merah.

“PKP dikecualikan di daerah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang.

“Rentas daerah juga tidak dibenarkan,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya semalam. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN