fbpx

Wasiyyah Shoppe intai peluang kerjasama antarabangsa di Turki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Wasiy­yah Shoppe Bhd. (Wasiyyah Shoppe)­ bakal mengembangkan sayap perniagaannya ke Turki menjelang tahun 2022.

Ketua Pegawai Eksekutif­nya, Ariffin Sabirin berkata, pengembangan operasi ke seberang laut adalah untuk meneroka bidang perancangan harta Syariah yang berpotensi di negara berkenaan.

Turki merupakan platform terbaik buat syarikat untuk mengakses kepada pasaran Eropah dan juga Asia Barat untuk jangka panjang.

“Kami akan menembusi pasaran pelanggan Malaysia yang mempunyai aset di luar negara, terutamanya di Turki dan seterusnya akan mengintai peluang ke negara jiran seperti di Indonesia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis meraikan perunding cemerlang di sini baru-baru ini.

Selain itu, Ariffin menerangkan, Wasiyyah Shoppe menjangkakan kadar pendapatan yang tinggi dengan kadar menaik dari 70 hingga 80 peratus bagi tahun kewangan yang ber­akhir pada Jun 2021 sebanyak RM25 juta berbanding RM13 juta tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Tambah beliau, sasaran positif itu akan disokong mela­lui jangkaan peningkatan sebanyak 30,000 pelanggan baharu yang bakal ditawarkan dengan 37 rangkaian produk milikinya.

Sementara itu, seramai 30 perunding telah menerima anugerah bagi menghargai komitmen mereka dalam bidang tersebut selama ini.

Nor Azlina Omar dinobatkan sebagai penerima Anugerah Pengambilan Kerja dan Pra Hibah Terbaik, manakala Anugerah Wasitah Terbaik dimenangi oleh Siti Amirah Chin.

Mengulas mengenai pencapaian perunding berkenaan, Ariffin berkata, mereka yang terdiri daripada lima kumpulan utama adalah tulang belakang kepada pencapaian syarikat selama ini.

“Sepanjang operasi syarikat Wasiyyah Shoppe, syarikat ini telah membangunkan pelbagai model latihan yang komprehensif dan inovatif bagi melatih perundingnya untuk menjadi yang terbaik,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI