fbpx
Gambar hiasan - Google

Dicerai suami gara-gara tiga kali positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AMMAN, Jordan -Seorang lelaki Jordan dilaporkan telah menceraikan isterinya kerana disahkan positif Covid-19 sebanyak tiga kali dalam masa beberapa bulan, lapor Gulf News baru-baru ini.

Menurut lelaki itu, perceraian yang mengakhiri perkahwinan selama 15 tahun itu adalah hukuman buat isterinya yang dianggap cuai kerana gagal melindungi diri daripada Covid-19.

“Saya telah menceraikan isteri saya dan tidak akan rujuk semula dengannya tidak kira apa berlaku.

“Dia dijangkiti Covid-19 sebanyak tiga kali kerana keluar membeli-belah dengan rakan-rakannya. Saya tidak mahu mati hanya kerana dia cuai,” tulisnya di laman Facebook.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini, Jordan telah menyaksikan lonjakan kes Covid-19 yang agak luar biasa.

Negara dengan populasi 10 juta penduduk setakat ini melaporkan 659,250 kes positif termasuk 7,646 kematian dan 581,170 kes sembuh. – Agensi

POPULAR