fbpx

Pemilik premis pusat hiburan degil dikompaun RM25,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada pengunjung sebuah premis pusat hiburan yang diperiksa dalam satu serbuan di Jalan Yap Kwan Seng malam tadi. - Foto IHSAN PDRM

KUALA LUMPUR – Tindakan degil seorang pemilik premis pusat hiburan menjalankan operasi secara tersorok akhirnya mengundang padah apabila dia dikenakan kompaun sebanyak RM25,000 dalam satu serbuan oleh pihak polis di Jalan Yap Kwan Seng, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, serbuan kira-kira pukul 8.30 malam itu dilakukan sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi susulan maklumat dan risikan yang dilakukan.

“Dalam serbuan tersebut seramai 25 orang pengunjung, seorang pemilik premis, empat pekerja warga Bangladesh dan lapan wanita warga Thailand yang berperanan sebagai gadis pelayan pelanggan (GRO) berusia 20 hingga 50 tahun telah ditahan

“Semakan yang dilakukan mendapati premis berkenaan memiliki lesen perniagaan sah yang dikeluarkan oleh pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL),” katanya menerusi satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Mohamad Zainal, pusat hiburan tersebut terletak di lokasi tersorok serta sentiasa dikawal ketat oleh pengawal keselamatan malah turut dilengkapi dengan televisyen litar tertutup (CCTV) dan hanya membenarkan pelanggan tetap sahaja untuk masuk berhibur.

“Pihak polis telah mengambil tindakan tegas terhadap pemilik dan pengunjung premis pusat hiburan tersebut di bawah peruntukan undang-undang seperti pengeluaran kompaun di bawah Peraturan 11, Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (No.4) 2021.

“Kompaun sebanyak RM25,000 telah dikenakan kepada pemilik premis pusat hiburan tersebut manakala seramai 25 pengunjung pula dikenakan kompaun sebanyak RM5,000,” ujarnya.

Jelas Mohamad Zainal, empat pekerja premis warga Bangladesh dan seorang GRO warga Thailand ditahan di bawah Sekyen 6 (1)(c) Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah.

“Tujuh wanita warga Thailand yang berperanan sebagai GRO pula ditahan di bawah Seksyen 56
(1) Akta Imigresen 1959/63 kerana disyaki memiliki permit serta dokumen perjalanan yang palsu.

“Pihak polis memberi amaran kepada orang ramai, warganegara asing dan pusat hiburan agar terus mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan kegagalan berbuat demikian boleh dikenakan tindakan di bawah peruntukan undang-undang,” tegas beliau.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI