fbpx

Pelakon lama jangan rasa selalu betul – Mimi Lana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MIMI Lana

PETALING JAYA – “Tidak logik jika hendak hentam pelakon baharu sahaja”.

Demikian antara ciapan aktres dan model popular, Mimi Lana berhubung isu disiplin pelakon baharu di lokasi sebagaimana kritikan yang disuarakan beberapa orang pelakon baru-baru ini.

Menurut pemilik nama lengkap Mimi Rozaiana Zainal Abidin, 26, isu masalah disiplin yang hangat diperkatakan tidak seharusnya ditujukan kepada pelakon baharu sahaja.

“Pelakon baharu atau lama, kedua-duanya sama sahaja. Setiap orang kena jaga perangai dan jadi contoh yang baik ketika di set pengambaran.

“Saya telah bekerja dengan ramai pelakon baharu serta lama, tidak logik rasanya jika hendak hentam mereka yang baharu sahaja,” tulisnya dalam ciapan berkenaan.

CIAPAN Mimi Lana dalam Twitternya semalam.

Tambah pelakon filem Puaka itu, pelakon baharu seharusnya lebih memahami tugas dan bertanggungjawab di set pengambaran.

“Jadi pelakon baharu bukan tiket untuk beri alasan tidak baca atau memahami skrip, itu tanggungjawab.

“Meskipun anda pelakon senior, perkata itu bukan tiket untuk selalu datang lewat dan berlagak serta berasa diri sentiasa betul,” katanya lagi.

Sehingga hari ini, isu antara pelakon lama dan baharu masih belum menemui titik noktah.

Terdahulu, beberapa pelakon senior seperti Rusdi Ramli dan Datuk Fizz Fairuz meluahkan kekecewaan dengan tahap disiplin pendatang baharu yang kurang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI