fbpx
Shamsul Anuar (kiri) menyiram pokok rhu sebagai gimik perasmian Program Penanaman Persisir Pantai dan Penanaman 100 juta pokok di Pantai Senok, Bachok hari ini. - foto : YATIMIN ABDULLAH

Ekopelancongan hutan jana pendapatan lebih tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BACHOK – Kawasan hutan di negara ini dilihat berpotensi menjadi industri ekopelancongan sekaligus mampu menjana pendapatan lebih tinggi berbanding aktiviti pembalakan.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr. Shamsul Anuar Nasarah berkata, kegiatan dalam ekopelancongan dilihat berjaya sekali gus mampu mengurangkan kebergantungan sumber pendapatan menerusi aktiviti pembalakan semata-mata.

“Sehubungan dengan itu, kerajaan akan memberi galakan kepada kerajaan negeri untuk membangunkan ekopelancongan hutan. Tujuan utama kita adalah untuk mengurangkan kebergantungan hasil negeri melalui aktiviti pembakalan hutan semata-mata.

“Kerajaan serius dalam menggerakkan usaha ini dan kita berharap pihak kerajaan negeri dan swasta dapat memberikan sokongan untuk membangunkan ekopelancongan di kawasan hutan,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Penanaman Pesisiran Pantai dan Kempen Penanaman 100 juta pokok di Pantai Senok di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Shamsul Anuar memberitahu, kerajaan akan sentiasa bekerjasama dengan kerajaan negeri dalam memantau aktiviti pembakalan haram di hutan simpan. K! ONLINE.

POPULAR