fbpx

Bakal menantu rupa-rupanya anak kandung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu mertua itu mengecam anak kandungnya menerusi tanda lahir yang terdapat pada tangan menantunya. – Oriental Daily

BEIJING – Seorang wanita di China terkejut apabila menge­tahui bakal menantunya adalah anak kandungnya yang terpisah selama bertahun-tahun, lapor akhbar Daily Mail kelmarin.

Wanita tersebut mengecam anak perempuannya itu berdasarkan tanda lahir yang terdapat tangan pengantin perempuan.

Kejadian menyayat hati itu berlaku di bandar Suzhou, dalam wilayah Jiangsu pada 31 Mac lalu.Wanita itu dan anak kandungnya dilihat menangis teresak-esak selepas mendapat tahu perkara sebenar.

Perkahwinan tersebut ba­gaimanapun tetap diteruskan. Wanita itu memberitahu pengantin perempuan yang juga anak kandungnya bahawa pengantin lelaki sebenarnya adalah anak angkat.

Wanita tersebut membuat keputusan mengambil seorang anak angkat selepas anak perempuannya hilang.

Selepas melihat tanda lahir pada tangan pengantin perempuan, ibu mertua itu bertanya kepada besan tentang status menantunya.

Keluarga pengantin perem­puan terkejut kerana tiada sesiapa pun tahu bahawa anak pe­rempuan mereka itu merupakan anak angkat yang diambil selepas ditemukan di tepi jalan lebih 20 tahun lalu.

Pengantin perempuan tersebut menyifatkan saat bertemu ibu kandungnya sebagai “lebih bahagia daripada hari perkahwinan itu sendiri”. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN