fbpx

Sindiket seludup diesel tengah laut tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saharuddin (kiri) menunjukkan salah sebuah kapal yang disyaki digunakan untuk menyeludup minyak diesel di Kampung Teluk Pasu, Manir dekat Kuala Terengganu hari ini.

KUALA TERENGGANU – Kegiatan sindiket menyeludup minyak diesel di tengah laut terbongkar dengan penahanan lima lelaki di Kampung Teluk Pasu, Manir dekat sini semalam.

Serbuan pada pukul 12.15 tengah malam tersebut itu berjaya merampas 53,000 liter minyak diesel bernilai RM930,150 yang disorokkan di dalam sebuah stor pelupusan bahan binaan.

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Terengganu, Saharuddin Mohd. Kia berkata, serbuan itu juga berjaya menyita sebuah lori tangki dan dua bot kargo yang disyaki digunakan dalam aktiviti penyeludupan berkenaan.

“Siasatan awal mendapati sindiket berkenaan memindahkan minyak diesel yang disyaki diseludup tersebut dari tengah laut di perairan Terengganu dengan menggunakan kapal tangki.

“Risikan selama dua bulan juga mengesyaki minyak diesel seludup itu kemudiannya akan diedarkan untuk kegunaan industri,” katanya selepas mengetuai serbuan di premis berkenaan di sini hari ini.

Saharuddin berkata, serbuan berkenaan berjaya menahan lima lelaki berusia dalam lingkungan 30-an dipercayai anggota sindiket tersebut.

Menurut beliau, pihaknya akan melakukan siasatan lanjut untuk menjejak saki baki anggota sindiket berkenaan termasuk dalangnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI