fbpx

[VIDEO] Bandar Batu Pahat ditenggelami air banjir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hujan lebat selama tiga jam menyebabkan beberapa kawasan di bandar Batu Pahat, Johor ditenggelami banjir kilat.

BATU PAHAT – Hujan lebat sejak zuhur hingga lewat petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di bandar ini dinaiki air di sini.

Kejadian hujan lebat tanpa henti kira-kira tiga jam bermula pukul 1 tengah hari itu turut menyebabkan beberapa kenderaan, kediaman dan premis perniagaan ditenggelami air.

Menerusi pesanan mesej yang tular melalui aplikasi sosial WhatsApp mendakwa jalan-jalan utama di kawasan bandar dinaiki air dan menyekat laluan kenderaan.

Antara jalan yg dinaiki termasuk Jalan Pegawai di Dataran Batu Pahat, Jalan Bukit Pasir, Jalan Rahmat, Jalan Zabedah, kawasan sekitar Kompleks 2000 dan Stesen Bas Batu Pahat.

Dalam perkembangan sama, terdapat video rakaman  orang ramai yang merakamkan situasi sebuah kereta tenggelam dalam longkang di depan stesen minyak di Tanjung Laboh di sini.

Sementara itu, Angkatan Pertahanan Awam (APM) Johor yang dihubungi berkata, pihaknya sedang mengemaskini laporan berkaitan dan sedang melakukan pemantauan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI