fbpx

Zirafah popular dimatikan selepas hidap penyakit osteoartritis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
APRIL bersama anaknya Tajiri. - ANIMAL ADVENTURE PARK

NEW YORK – Seekor zirafah bernama April yang menarik perhatian dunia menerusi  rakaman video proses kelahiran anaknya disahkan mati pada usia 20 tahun di Harpursville, Amerika Syarikat, lapor portal Komo News hari ini.

Pada 2017 lebih 1.2 juta orang menyaksikan April melahirkan anaknya, Tajiri yang disiarkan secara langsung  di laman YouTube.

Pihak Animal Adventure Park berkata,  mereka terpaksa mematikan April menerusi prosedur eutanasia tengah hari semalam berikutan penyakit osteoartritis yang dideritainya sejak Julai lalu menjadi semakin teruk.

APRIL mempunyai ketinggian 4.5 meter. – ANIMAL ADVENTURE PARK

“Dengan rasa berat hati Animal Adventure Park mengumumkan kehilangan besar Zirafah yang kita sayangi, April,” katanya dalam satu kenyataan akhbar.

Osteoartritis ialah penyakit yang menyebabkan kerosakan rawan sendi yang berlaku akibat peningkatan umur.

Prosedur eutanasia  itu dilakukan sesuai dengan cadangan pasukan veterinar.

Bangkai haiwan itu akan dihantar ke Pusat Pengajian Veterinar di Universiti Cornell untuk dibakar dan abunya akan dikembalikan kepada Animal Adventure Park.

April dimasukkan ke taman haiwan tersebut pada 2015 dan mempunyai ketinggian 4.5 meter.

Purata jangka hayat zirafah ialah antara 20 hingga 25 tahun. – Agensi

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI