fbpx

Pencipta lampu LED meninggal dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ASAMU Akasaki meninggal dunia akibat penyakit radang paru-paru. - AFP

TOKYO – Pemenang anugerah Nobel Jepun, Asamu Akasaki yang memenangi hadiah fizik kerana merintis penciptaan lampu diod pemancar cahaya (LED) jimat tenaga meninggal dunia pada usia 92 tahun, lapor akhbar The Japan Times hari ini.

Akasaki memenangi anugerah tersebut pada 2014 bersama dua lagi saintis iaitu Hiroshi Amano dan Shuji Nakamura.

Mereka mengembangkan diod pemancar cahaya biru yang digambarkan sebagai penemuan ‘revolusi’ oleh juri Nobel.

Ketiga-tiga saintis terkemuka itu mencipta kejayaan pada 1990-an iaitu selepas tiga dekad berusaha menghasilkan pancaran lampu biru terang daripada peranti semikonduktor atau diod.

Hasil usaha tersebut banyak menyumbang kepada penciptaan skrin LED berwarna yang digunakan secara meluas dalam penciptaan telefon pintar dan pelbagai teknologi moden.

Menurut kenyataan di laman web Universiti Meijo, Akasaki meninggal dunia akibat radang paru-paru ketika menerima rawatan di sebuah hospital di Nagoya pagi kelmarin.

Mendiang pernah menjadi profesor di universiti berkenaan.

Lampu LED mampu bertahan puluhan ribu jam dan hanya menggunakan sebahagian kecil tenaga berbanding lampur pijar yang dipelopori Thomas Edison pada abad ke-19. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN