fbpx

PD catat peningkatan pengunjung setiap hujung minggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AMINUDDIN Harun mencuba masakan sempena Majlis Pelancaran MAH Negeri Sembilan Food Festival 2021 di Port Dickson hari ini.

PORT DICKSON – Daerah ini mencatatkan peningkatan 80 peratus pengunjung pada setiap hujung minggu dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) ketika ini.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, peningkatan tersebut merupakan sesuatu yang positif dan dilihat membantu meningkatkan sektor pelancongan.

“Saya dimaklumkan bahawa pada hujung minggu mencecah sebanyak 80 peratus peningkatan, pihak hotel menerima sambutan yang baik daripada pengunjung tempatan walaupun berada dalam tempoh PKPP ketika ini.

“Saya rasakan sekiranya rentas negeri ini dibuka kepada semua kelak berkemungkinan kedatangan pengunjung ke Port Dickson akan mencapai 100 peratus,” katanya selepas merasmikan Majlis Pelancaran MAH Negeri Sembilan Food Festival 2021 di sini hari ini.

Sebanyak 20 buah hotel dan 50 produk pelancongan di negeri ini terlibat dalam ‘MAH Negeri Sembilan Food Festival 2021’ yang dilancarkan pada hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI