fbpx

Selangor bersedia bangkit buru kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEK XIAN (kiri) dan rakan-rakan sepasukan mahu menebus kekecewaan meraih keputusan seri 50-50 pada aksi pertama dengan memburu kemenangan ke atas Johor bagi aksi kedua peringkat Kumpulan B Ahad ini.

PEMAIN Selangor Angels, Yeoh Pek Xian mahu memastikan kemenangan menjadi milik mereka menjelang pertembungan getir menentang Johor Jewels dalam aksi terakhir Kumpulan B Netball Super League (NSL) di Stadium Juara, Bukit Kiara pada Ahad ini.

Gadis berusia 25 tahun itu menganggap kemenangan tersebut mampu menebus kekecewaan mereka selepas seri 50-50 dengan Johor yang merupakan salah satu pasukan pilihan kejohanan, sewaktu aksi pertama pada 19 Mac lalu.

“Ini adalah kali pertama saya sertai Selangor. Jadi, apa yang saya ingin tebus adalah meraih kemenangan setelah seri semasa menentang Johor pada pusingan pertama lalu.

“Bagaimanapun, setiap perlawanan amat penting tidak kira bertemu mana-mana pasukan kerana sasaran kami adalah mendapatkan kemenangan. Kami akan berikan komitmen terbaik bagi memastikan sasaran tercapai,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Pemain yang mesra disapa sebagai Syen itu berharap proses pemulihannya berjalan lancar supaya dapat diturunkan dalam dua perlawanan minggu ini menentang Pahang Tulips terlebih dahulu pada Sabtu sebelum bertemu Johor keesokannya.

“Berdasarkan pengalaman lalu, Johor adalah antara pasukan yang memberikan saingan cukup kuat kepada Selangor, jadi kami perlu fokus dan konsisten menampilkan prestasi terbaik untuk aksi minggu ini.

“Buat masa ini saya sedang menjalani rawatan intensif untuk mempercepatkan proses pemulihan supaya dapat beraksi pada perlawanan akan datang,” jelas Pek Xian yang boleh beraksi di pelbagai posisi antaranya center, wing attack dan goal attack.

Sebagai rekod, Selangor dan Johor dijangka tidak berdepan masalah untuk mengutip mata penuh dalam aksi kelima masing-masing pada Sabtu ini sebelum pemenang antara kedua-dua pasukan itu akan menentukan status sebagai juara Kumpulan B.

Status juara Kumpulan B penting bagi kedua-dua pasukan untuk mengelak pemenang Kumpulan A yang juga gergasi bola jaring tanah air, Kuala Lumpur (KL) Wildcats di peringkat separuh akhir pada 10 April depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI