fbpx

MBPG naik taraf kemudahan 35 buah kampung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Asman Shah (dua dari kiri) turut sama bertukang memasang bumbung sebuah rumah yang rosak sempena Program Datuk Bandar MBPG Bersama Komuniti Kampung Perigi Acheh, Pasir Gudang, Johor hari ini. Foto RAJA JAAFAR ALI

PASIR GUDANG – Majlis Bandaraya Pasir Gudang (MBPG) bercadang untuk menambah baik pelbagai kemudahan asas di 35 buah perkampungan yang terdapat di kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu sepanjang tahun ini.

Datuk Bandar MBPG, Asman Shah Abd. Rahman berkata, inisiatif itu dilaksanakan pihaknya menerusi program Kampung Lestari yang merupakan salah satu daripada khidmat tanggungjawab sosial pihaknya.

Katanya, ia juga merupakan salah satu daripada program yang disusun dalam manifesto 100 hari sempena penaiktarafan PBT itu.

“Menerusi program Kampung Lestari ini, kita akan menaik taraf 35 buah kampung induk dan kampung rangkaian, termasuklah kampung tradisi yang terletak di kawasan pinggir Pasir Gudang,” katanya.

Asman Shah turut memberitahu, sebagai permulaan program itu akan dimulakan di Kampung Perigi Acheh dan Kampung Cahaya Baru.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI