fbpx

Yemen negara paling rapuh di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
GAMBAR fail menunjukkan pejuang pro-kerajaan mengedarkan makanan kepada kanak-kanak Yemen. - AFP

WASHINGTON – Yemen muncul negara paling rapuh di dunia menurut laporan Indeks Negara Rapuh 2020 (FSI) yang diterbitkan badan pemikir berpangkalan di Amerika Syarikat, Dana untuk Keamanan (FFP), lapor akhbar The Nation semalam.

Dahulunya ia dikenali sebagai Indeks Negara Gagal.

Sejumlah 178 negara terlibat dalam penilaian itu dengan pengukuran dibuat berdasarkan aspek tekanan politik, sosial dan ekonomi.

Setiap negara diberi skor 0 hingga 120 dengan Yemen yang bergelut dengan perang saudara dan bencana kemanusiaan mendapat skor 112.4 iaitu paling tinggi dalam indeks tersebut.

Negara yang menduduki tangga kedua ialah Somalia diikuti Sudan Selatan dan Syria yang diklasifikasikan sebagai keadaan rapuh dalam keadaan ‘berjaga-jaga yang sangat tinggi’.

Negara-negara dengan skor indeks terendah dan diklasifikasikan mempunyai prestasi yang sangat baik ialah Finland yang mencatat skor 14.6 diikuti Norway, Switzerland dan Denmark.

Myanmar menjadi negara yang paling rapuh di Asia Tenggara dan berada di tangga ke-22 dengan skor indeks 94.

Negara itu berada dalam kelompok ‘waspada’ bersama Iraq, Libya Venezuela dan Korea Utara.

Malaysia menduduki tangga ke-120 dengan skor 57.6 berbanding 60.5 tahun lalu dan tergolong dalam kumpulan negara yang menunjukkan trend peningkatan penambahbaikan bersama empat lagi negara iaitu Maldives, Kenya dan Sudan.

Ia meliputi aspek kestabilan dan konflik pada tahap yang lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Pengarah eksekutif FFP, JJ Messner de Latour berkata, secara keseluruhan isu kemiskinan, ketidaksamaan dan konflik berlaku secara meluas.

“Selalunya, ia memerlukan data yang kelihatan agak dingin dan keras seperti yang dihasilkan oleh FSI untuk menunjukkan kepada media bahawa terdapat kemajuan yang signifikan berlaku di sebalik tabir,” katanya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI