fbpx
Pen elektronik antara alatan yang digunakan untuk menguji ketulenan emas.

Yapiem Gold ada khidmat uji barang kemas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Pusat me­nguji ketulenan emas tanpa musnah (NDGAC) milik penuh Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapiem) Gold Sdn. Bhd. bersedia menguji ketulenan emas milik orang ramai.

Jurucakap NDGAC Yapeim Gold, Mohamad Syamil Moha­mad Arbain berkata, orang ramai yang mempunyai keraguan terhadap barang kemas yang dibeli boleh menghantar ke makmal di Bandar Baru Bangi dekat sini.

Bagaimanapun, orang ramai atau pemilik emas perlu membuat temu janji terlebih dahulu.

“Sebelum ini makmal kita (NDGAC) yang dibangunkan sejak 2015 digunakan untuk menguji produk emas milik Ya­piem Gold sahaja.

“Namun, sejak awal tahun ini kita mula buka kepada orang awam untuk datang menguji ke­tulenan emas mereka,” katanya ketika dihubungi.

Mengulas lanjut, Mohamad Syamil berkata, pihaknya akan mengenakan beberapa pakej bayaran kepada mereka yang ingin datang menguji ketulenan emas.

“Bagi satu barang kemas yang diuji, kita akan mengenakan bayaran sebanyak RM25, dua hingga lima sampel RM22 (setiap sampel), manakala lima sampel ke atas RM20 (setiap sampel).

“Setiap sampel yang diuji akan mengambil masa antara 10 hingga 30 minit bergantung kepada jenis dan berat barang yang diuji,” ujarnya yang memberitahu sijil perakuan ketulenan emas dikeluarkan selepas diuji oleh pihaknya.

Tambahnya, orang ramai tidak perlu risau tentang keadaan dan kualiti barang emas yang diuji di makmal tersebut kerana ia tidak menggunakan sebarang bahan yang merosakkan kualiti emas.

“Kita hanya menggunakan alat seperti X-Ray Fluorescence, Precious Metal Verifier, densimeter, pen elektronik dan Ultrasonic Flaw Detector,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN