fbpx

Sembunyi dalam tandas elak dicekup Imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Antara PATI yang dicekup bekerja sebagai tukang gunting rambut.

SHAH ALAM – Cubaan menipu seorang tukang rambut lelaki warga India dengan mendakwa sebagai pelanggan ketika bersembunyi di tandas gagal apabila dicekup pihak berkuasa dalam Ops Dandan sekitar Subang Jaya, dekat sini semalam.

Gelagat tersebut antara dilakukan lima pendatang asing tanpa izin ( PATI ) berusia 23 hingga 47 tahun yang ditahan dalam serbuan bermula pukul 2 petang semalam.

Pengarah Imigresen Selangor, Mohamad Shukri Nawi berkata, operasi itu memfokuskan enam buah premis menjalankan perkhidmatan gunting rambut yang menggaji PATI.

Katanya, berdasarkan 11 individu yang diperiksa didapati lima daripadanya terdiri warga India dan Bangladesh melakukan pelbagai kesalahan dibawah Akta Imigresen dan Peraturan-Peraturan Imigresen.

“Ada seorang PATI bertindak bersembunyi di dalam tandas salah sebuah premis berkenaan dan mendakwa adalah pelanggan selepas pintu tandas diketuk hampir tiga minit.

“Alasan itu bagaimanapun gagal berikutan anggota operasi telah terlebih dahulu mengenalpasti PATI itu sebagai pekerja,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, siasatan awal juga mendapati ada di kalangan PATI itu telah menyalahguna Pas Lawatan kerja sementara (PLKS) dengan sektor yang berlainan dari sektor pekerjaan yang dibenarkan kepada mereka.

Jelas Mohamad Shukri, siasatan lanjut sedang dijalankam dalam mengesan majikan atau pelindung PATI tersebut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 serta Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963,” katanya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI