fbpx

Mayat lelaki ditemui hampir reput dalam rumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mayat seorang lelaki Melayu ditemui terbaring dan hampir reput di kediaman sewanya di TamanDesa Rahmat, Persiaran Paya Terubong di sini tadi. IHSAN BOMBA

GEORGE TOWN – Mayat seorang lelaki ditemui hampir reput di bahagian luar bilik mandi rumah sewanya di tingkat 9, Taman Desa Rahmat, Persiaran Paya Terubong di sini hari ini.

Mayat lelaki yang berusia dalam lingkungan 50-an itu dijumpai dalam keadaan hanya memakai seluar pendek dan badannya mula mengembung pada pukul 12.30 tengah hari tadi.

Jiran berhampiran kediaman sewa lelaki tersebut kemudiannya bertindak menghubungi pasukan MERS bagi membantu membuka pintu pagar besi rumah berkenaan selepas mangsa tidak kelihatan sejak seminggu lalu.

Bagaimanapun, penduduk berkenaan langsung tidak terhidu bau busuk dari dalam kediaman tersebut.

Difahamkan, lelaki itu menetap seorang diri di kediaman flat tersebut sejak 10 tahun lalu.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong, Yusri Zakaria berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung bantuan menyelamat mangsa terperangkap dalam rumah pada pukul 12.52 tengah hari tadi.

Menurutnya, sebaik pintu berjaya dibuka menggunakan peralatan khas mendapati penghuni terbabit berada dalam keadaan terbaring dan mayatnya ditemui hampir reput serta berbau di ruang hadapan tandas.

“Melihat keadaan mayat lelaki yang tinggal seorang diri di dalam rumah berkenaan, kita percaya dia sudah meninggal dunia dalam tempoh empat hingga lima hari lalu.

“Kita kemudiannya menyerahkan mayat tersebut kepada pasukan polis untuk tindakan lanjut termasuk mengenal pasti punca kematiannya,” katanya kepada Kosmo! di sini sebentar tadi. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI