fbpx

Jaring ikan jumpa bom lama

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebutir bom lama jenis UXO ditemui nelayan ketika menjaring ikan di Jeti Nelayan Kampung Melayu, Pasir Gudang, Johor semalam.

JOHOR BAHRU – Seorang nelayan gempar apabila menjumpai sebutir bom lama jenis UXO ketika menjalankan rutin harian menjaring ikan di Jeti Nelayan Kampung Melayu, Pasir Gudang, di sini semalam.

Unit Pemusnah Bom (UPB) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor berkata, bom jenis Artillery Shell 75mm dijumpai oleh nelayan di kawasan itu dalam keadaan dipenuhi teritip.

Katanya, mereka menjalankan pembersihan keselamatan di lokasi sama namun tidak menemui sebarang objek disyaki UXO yang lain.

“Tindakan pemusnahan bom lama berkenaan telah dijalankan secara In Situation (In-situ) dengan menggunakan teknik high order melalui kaedah elektrik.

“UPB menjalankan tindakan pemusnahan kira-kira pukul 3 petang dengan jayanya tanpa sebarang kehilangan ke atas nyawa dan kerosakan harta benda,” katanya dalam kenyataan hari ini.

UPB menyeru kepada orang ramai sekiranya menjumpai objek yang mencurigai atau dipercayai bom untuk melaporkan segera kepada mana-mana balai polis berhampiran untuk tindakan siasatan lanjut.

Tambahnya, orang awam diingatkan juga supaya tidak mengusik , mengalih atau menggerakkan objek tersebut bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI