fbpx

PM, pengerusikan mesyuarat Bersatu Johor 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin tiba bagi mempengerusikan Mesyuarat (Bersatu) dan PN Negeri Johor di Hotel Zenith di sini, hari ini. /FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir mempengerusikan mesyuarat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Johor yang berlangsung di Hotel Zenith Putrajaya di sini hari ini.

Beliau tiba di hotel tersebut kira-kira pukul 3 petang dan mesyuarat kemudian bermula sejurus ketibaan Muhyiddin di sini.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Perikatan Nasional (PN) seterusnya akan mempengerusikan mesyuarat PN Johor berlangsung di tempat yang sama.

Turut kelihatan hadir pada mesyuarat itu ialah Ketua Bahagian Bersatu Ayer Hitam, Datuk Osman Sapian; Setiausaha Bersatu Johor, Dr. Sahruddin Jamal dan Ahli Parlimen Mersing, Datuk Abd Latiff Ahmad.

Difahamkan, agenda utama dua mesyuarat tersebut bagi membincangkan hala tuju kerjasama dengan UMNO Johor. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI