fbpx

Majikan didenda RM12,000 gagal sedia tempat penginapan sesuai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pengarah syarikat itu ketika hadir di Mahkamah Seksyen Seremban hari ini.

SEREMBAN – Majikan sebuah kilang elektronik di Senawang didenda RM12,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan menyediakan penginapan pekerja yang tidak sesuai didiami oleh manusia dan penginapan tiada perakuan.

Hakim Mohd Sabri Ismail menjatuhkan hukuman itu terhadap JV Moni-Tronics(M) Sdn Bhd selepas pengarah syarikatnya membuat pengakuan bersalah.

Mengikut pertuduhan pertama, kilang berkenaan didapati gagal menyediakan penginapan sesuai untuk didiami manusia kepada tiga pekerja asing lelaki warga Myanmar di Jalan Bandar Senawang mengikut Seksyen 70(12) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974(Akta 133) seperti mana kehendak Seksyen 24H(1) Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990.

Berikutan itu pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 24H(1) Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990.

Bagi pertuduhan kedua pula, kilang terbabit didapati menyediakan penginapan kepada tiga pekerja asing warga Nepal yang tidak diperakukan dengan Perakuan Penginapan daripada Ketua Pengarah Tenaga Kerja seperti mana kehendak Seksyen 24D(1) Akta Standard Minimum Perumahan, Penginapan dan Kemudahan Pekerja 1990 di Taman Desa Melor, Seremban.

Pendakwaan bagi kesalahan itu dibuat mengikut Seksyen 24D(3) Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan pada 3 Disember 2020.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Zaihas Mohd. Syakhir Hasfar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI