fbpx

Warong Rider penghantar rasmi juadah bazar Ramadan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sebahagian daripada rider yang akan berkhidmat dengan Warong Rider semasa bulan Ramadan ini.

MELAKA – Melaka ICT Holdings Sdn. Bhd. (Micth) kini membuka peluang kepada ‘rider’ negeri ini untuk menjadi sebahagian daripada ‘Warong Rider’ yang dilantik sebagai penghantar rasmi juadah bazar Ramadan.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali berkata, Warong Rider merupakan salah satu inisiatif kerajaan negeri dan pusat untuk memudahkan pelanggan membeli juadah kegemaran, dalam masa kekal selamat di kediaman masing-masing.

Katanya, permohonan untuk menjadi Warong Rider itu telah dibuka sejak semalam menerusi laman sesawang www.micth.com dan setakat ini seramai 100 rider telah mendaftar.

“Platform Warong Rider ini melibatkan urusniaga secara e-dagang dan pembayaran juga dibuat secara dalam talian, sekali gus dapat mengurangkan risiko sentuhan secara terus antara pembeli dan penjual di bazar Ramadan.

“Kita menyasarkan seramai 2,000 Warong Rider akan menyediakan perkhidmatan sepanjang tahun ini, walaupun selepas habis bulan Ramadan nanti,” katanya selepas melancarkan Warong Rider di bawah program Warongku di Kompleks Seri Negeri, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Sulaiman berkata, peserta Warong Rider juga akan menerima pelbagai insentif meliputi perlindungan penjana gig, penyelenggaraan motosikal, rider cemerlang, bonus bulanan dan tahunan termasuk cabutan umrah.

“Pendaftaran sebagai peserta juga adalah percuma tanpa yuran bulanan atau tahunan serta bayaran komisen sehingga 20 peratus.

“Konsep Warong Rider ini bukan sekadar menghantar pesanan makanan halal atau pada Ramadan sahaja, malah ia merupakan perkhidmatan berterusan bagi penghantaran berpusat lain termasuklah pesanan untuk ubat-ubatan, dokumen, barangan dari rumah ke rumah, barangan kedai runcit atau pasaraya,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI