fbpx

Peluang eksport minyak sawit merah ke China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Para peng­eksport disaran merebut pe­luang untuk menjual minyak sawit merah premium dan berkhasiat ke China ekoran pelaksanaan Kumpulan Piawaian China Bagi Minyak Sawit Merah pada 1 Mac lalu.

Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Dr. Ahmad Parveez Ghulam Kadir berkata, melalui pelaksanaan tersebut, pembeli dari negara berkenaan dibenarkan untuk megimport minyak sawit merah dari Malaysia dengan merujuk kepada spesifikasi dalam pia­waian berkenaan.

Menurutnya, sebelum ini, China tidak membenarkan komoditi berkenaan dibawa masuk ke negara berkenaan kerana spesifikasi warna dalam Standard China Bagi Minyak Sawit yang ditetapkan pada maksimum merah pada 3.0.

Kebanyakan komoditi yang dihasilkan adalah merah pada paras 7.0 dan ke atas.
“Pengumuman ini akan membolehkan pengimportan minyak sawit merah tanpa sekatan berkuatkuasa 1 Mac lalu,” kata­nya dalam kenyataan.

Selain itu, Ahmad Parveez menjelaskan, Kumpulan Pia­waian China Bagi Minyak Sawit Merah adalah hasil daripada perbincangan antara MPOB ­dengan pihak berkuasa China yang membenarkan minyak sawit merah dibawa masuk ke negara berkenaan.

Selain itu, MPOB melalui pejabat serantaunya di Shanghai, China atau lebih dikenali sebagai Institut Penyelidikan dan ­Perkhidmatan Teknikal Sawit MPOB bersama pemain industri serta institut penyelidik tempatan telah membangunkan makanan dan makanan haiwan berasaskan minyak sawit merah.

Produk tersebut termasuklah snek ekstrusi minyak sawit merah, stok sup periuk panas minyak sawit merah, makanan anjing dan dedak minyak sawit merah. Ia untuk membantu ­mengukuhkan pasaran minyak sawit Malaysia di China.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI