fbpx

Arahan 30 peratus bekerja daripada rumah dibatalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ismail Sabri

PETALING JAYA – Arahan 30 peratus bekerja daripada rumah bagi pihak pengurusan dan penyelia sesebuah syarikat dibatalkan berkuat kuasa pada 1 April depan.

Menteri Kanan (Pertahanan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, sidang khas semalam bersetuju dengan cadangan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berkenaan dengan pembatalan syarat tersebut.

“Arahan bekerja dari rumah yang dikeluarkan kepada syarikat perkilangan adalah sukar dilaksanakan kerana operasi tidak dapat dilakukan secara ‘remotely’.

“Operasi pengilangan sering melibatkan proses kompleks dan teknikal dengan kehadiran pasukan berbeza yang terdiri daripada kakitangan pengurusan dan penyelia. Pada masa yang sama, mereka dikehendaki bekerja secara serentak,” katanya pada sidang akhbar khas hari ini.

Mengulas lanjut, pembatalan syarat tersebut akan memberi peluang kepada syarikat untuk beroperasi pada tahap yang maksimum.

“Kapasiti kehadiran pekerja bagi perkhidmatan awam adalah berdasarkan kepada Pekeliling atau arahan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

“Sektor swasta pula adalah dibenarkan 100 peratus bagi pengurusan, penyelia dan operasi. Maklumat lanjut berkenaan prosedur pperasi standard (SOP) boleh dirujuk di laman sesawang Majlis Keselamatan Negara (MKN),” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI