fbpx

Kane belum tentukan masa depan karier

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KANE dikaitkan dengan perpindahan keluar daripada Spurs untuk memburu kejuaraan dan trofi dalam kariernya. – AFP

LONDON – Bintang sensasi Tottenham Hotspur, Harry Kane akhirnya membuka mulut me­ngenai masa depannya sambil mengakui bahawa dia tidak memberi apa-apa jaminan untuk terus kekal bersama kelab London itu pada musim berikutnya.

Kane, 27, merupakan tonggak penting buat Spurs untuk tempoh beberapa musim lalu apabila berjaya mempamerkan ketajaman untuk menjadi penjaring utama pasukan itu,

Kecemerlangannya selaku peledak mendapat perhatian beberapa kelab gergasi di seluruh Eropah menyebabkan spekulasi perpindahannya pada musim panas nanti begitu memuncak.

“Saya fikir ini adalah soalan yang paling sukar untuk dijawab ketika ini. Buat masa ini fokus saya adalah bersama pasukan England dan menghabiskan sai­ngan liga bersama Spurs sebelum ke saingan Euro.

“Jika saya terus memikirkan mengenai spekulasi dan khabar angin seperti ini, ia hanya akan merosakkan persembahan saya. Saya hanya mahu memberikan tumpuan kepada satu sasaran dan satu kerja dalam satu masa.

“Saya mahu cuba mengelakkan diri daripada terjebak de­ngan spekulasi seperti ini. Saya mahu memberikan sepenuh perhatian terhadap tugas saya di padang dan pada hujung musim kita akan lihat apakah keputusan yang akan dibuat,” katanya.

Kane berjaya meledak 215 gol buat Spurs dalam 327 penam­pilan setakat ini sekali gus menjadikannya penjaring kedua terbanyak sepanjang zaman buat pasukan itu di belakang Jimmy Greaves.

Bagaimanapun, sehingga kini Kane masih belum meraih sebarang kejuaraan sepanjang karier­nya bersama kelab yang disertainya sejak berusia 11 tahun itu.

Namun, dia berpeluang untuk menamatkan kemarau tersebut apabila Spurs bakal menentang Manchester City pada perlawanan akhir Piala Liga Inggeris April ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI