fbpx

Guna ubat cacing rawat Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VERMECTIN tidak terbukti secara klinikal sebagai ubat koronavirus. – AFP

PRETORIA – Beberapa pakar perubatan Afrika Selatan mahu ubat cacing jenama Ivermectin dilesenkan untuk kegunaan manusia bagi merawat Covid-19 walaupun tiada bukti klinikal tentang keberkesanannya, lapor portal berita BBC semalam.

Pil Ivermectin tidak dilesenkan oleh Pihak Berkuasa Produk Kesihatan Afrika Selatan (Sahpra) dan hanya didaftarkan untuk merawat parasit pada haiwan, namun sebilangan doktor menggunakannya ketika gelombang pertama Covid-19 pada Julai lalu.

Ubat itu digunakan untuk membunuh parasit seperti kutu kepala pada haiwan dan manusia di samping merawat Onkoserkiasis atau penyakit buta disebabkan oleh jangkitan cacing parasit.

Pihak berkuasa perubatan Afrika Selatan, pengeluar ubat tersebut dan beberapa saintis sebelum ini memberi amaran supaya tidak menggunakan Ivermectin untuk merawat Covid-19.

Namun, ramai rakyat negara itu terdesak untuk mencari sesuatu yang dapat meredakan impak gelombang ketiga wabak koronavirus.

Justeru, Ivermectin mendapat perhatian selepas sebilangan doktor memberikannya kepada pesakit Covid-19 dan mengatakan bahawa ubat itu dapat me­ngurangkan gejala serius pe­nyakit tersebut.

Ivermectin juga popular di pasaran gelap dengan jutaan pil dipintas di Afrika Selatan sejak awal tahun ini dengan rangkaian pengedaran haram meluas ke China dan India.

Sebelum ini, harga 10 biji pil Ivermectin cuma AS$4 (RM16) namun harganya kini meningkat 15 kali ganda,

Ketua unit rawatan rapi Hospital Akademik George Mukhari di Durban, Prof. Nathi Mdladla berkata, segelintir doktor meminta penggunaan Ivermectin dalam kes yang mendesak.

“Pada puncak gelombang pertama, banyak hospital awam dan swasta di Afrika Selatan menggunakan Ivermectin,”

“Ramai orang mati dan doktor melihat pelbagai pilihan rawatan untuk dicuba demi menyelamatkan nyawa. Ivermectin satu daripadanya,” kata Mdladla.

Namun, akhir tahun lalu, pihak berkuasa mendapat tahu mengenainya dan mahu penggunaannya dihentikan untuk rawatan koronavirus.

Beliau percaya tindak balas yang diberi kerajaan tidak membantu terutama bagi keluarga yang tidak mampu mendapatkan pilihan rawatan yang lebih mahal. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI