fbpx

Awak juga telah melengkapkan saya, isteriku – Haris Ismail

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HARIS dan Neelofa.

PETALING JAYA – Saling berbalas meluah rasa bahagia, pendakwah bebas Haris Ismail, 26, akhirnya tampil berkongsi foto bersama isteri tercinta, Neelofa dalam Instagramnya hari ini.

Dalam perkongsian tersebut, kapsyen romantis yang ditulis bekas peserta program Pencetus Ummah itu mengundang perhatian ramai kerana membalas kata-kata Neelofa dalam hantaran Instagramnya semalam selepas mereka selamat diijabkabulkan.

“Awak juga telah lengkapkan saya, isteri (You complete mine as well zaujah),” tulis Haris diikuti dengan sepotong ayat al-Quran.

Itu merupakan kali pertama Haris berkongsi gambar bersama Neelofa dalam Instagramnya selepas sebelum ini dia dilihat banyak mendiamkan diri daripada berkongsi hal berkaitan hubungannya dengan selebriti itu.

Hari ini, Kosmo! Online melaporkan Neelofa berkongsi sekeping foto perkahwinannya dengan menulis kapsyen bahawa Haris telah melengkapkan sebahagian daripada agamanya selepas mereka selamat diijabkabulkan semalam.

Untuk rekod, Haris dan Neelofa selamat bergelar suami isteri dalam satu majlis tertutup di sebuah hotel terkemuka di ibu negara semalam.

Dalam majlis tersebut, bekas pemenang Dewi Remaja 2009/2010 itu menerima sebentuk cincin sebagai mas kahwin daripada pihak lelaki.

Bagaimanapun, jumlah wang hantaran dirahsiakan atas permintaan kedua-dua belah mempelai. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI