fbpx

PN tidak takut laksana Undi-18

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin

MUAR – Penangguhan undi 18 tahun (Undi-18) seperti yang diumumkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) baru-baru ini tidak seharusnya dijadikan isu politik oleh mana-mana pihak.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan Perikatan Nasional (PN) menghormati keputusan dibuat SPR yang merupakan sebuah badan bebas.

Menurut beliau, penangguhan itu juga bukan disebabkan pentadbirannya berasa ‘takut’ dengan pelaksanaan undi 18 tahun itu sebaliknya pihaknya telah mendesak agar Undi-18 dilaksana menjelang September, namun badan itu tidak dapat berbuat demikian.

“Kita berbincang mengenai isu ini, saya kata tak boleh ke September tahun ini, dia (Pengerusi SPR) kata tak boleh. Habis nak paksa macam mana.

“Kita perlu realistik dan tak perlu dipolitikkan kerana ia melibatkan perkara besar termasuk kerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara kerana membabitkan jutaan pengundi,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan fasa pertama Zon Ekonomi Khas Pagoh di Galeri Jualan Sime Darby, di sini hari ini.

Beliau turut menegaskan kerajaan PN pimpinannya tidak gentar menghadapi pengundi muda, sekiranya Undi-18 dilaksanakan pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) akan datang.

“Ada kata kerajaan PN takut, kami tidak takut, malah sebahagian besar anak muda saya yakin menyokong kerajaan.

“Jadi mengapa kita terlalu emosi dalam hal ini, lagi cepat lagi bagus (Undi-18 dilaksanakan) tapi nak buat macam mana,” ujarnya.

Muhyiddin yang juga presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) turut menjelaskan pelaksanaan Undi-18 adalah tanggungjawab SPR sepenuhnya dan bukan bawah bidang kuasa kerajaan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI