fbpx

Kemenangan lonjak semangat Perak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PEMAIN wing attack Perak Phoenix, Anis Amira Johari (tengah) cuba merampas bola daripada pemain Melaka Mystic dalam aksi Kumpulan A saingan NSL di Stadium Juara, Bukit Kiara semalam. – MUHAMAD IQBAL ROSLI

PERAK Phoenix terus mencerahkan peluang melangkah ke separuh akhir selepas menewaskan Melaka Mystic 63-36 dalam aksi Kumpulan A saingan Netball Super League (NSL) di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur semalam.

Ia adalah kemenangan kedua Perak daripada tiga perlawanan selepas terdahulu menang 47-38 ke atas Kedah Sunshine sebelum tewas teruk 29-71 kepada Kuala Lumpur (KL) Wildcats dalam dua aksi minggu lepas.

Kemenangan itu melonjakkan semangat barisan pemain skuad bimbingan Almastara Mohd. Hashim menjelang pertembu­ngan getir menentang Kedah Sunshine pada aksi keempat hari ini.

Goal keeper Perak, B. Pavitra Devi percaya, dia dan rakan sepasukannya sudah bersedia untuk menghadapi Kedah dan cuba mengulangi keputusan sama ke atas lawan itu sewaktu pertembungan minggu lalu.

“Kehadiran S. Sharvina dalam pasukan hari ini (semalam) banyak membantu kemenangan pasukan. Tugas goal shooter sebelum ini berat sedikit tetapi kehadirannya sememangnya meringankan tanggungjawab bahagian serangan.

“Jadi, saya sangat berpuas hati dengan kemenangan ini dan berharap dapat meneruskan rentak ketika bertemu Kedah esok (hari ini),” katanya selepas tamat perlawanan semalam.

Pavitra antara tonggak pen­ting kejayaan Perak semalam apabila berjaya menampilkan permainan berkualiti dengan banyak melakukan halangan dan memintas gerakan-gerakan berbahaya daripada Melaka sepanjang perlawanan itu.

Selain Pavitra, Kedah juga perlu berjaga-jaga dengan gandingan shooter berbahaya Perak iaitu Sharvina dan Khairunnisa Nazri yang dilihat tiada masalah untuk menghasilkan banyak jaringan ketika menentang Melaka semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI