fbpx

Kehangatan MotoGP membilang detik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Saingan pembukaan musim ini bakal berlangsung di Litar Antarabangsa Losail untuk aksi GP Qatar esok. - AFP

Oleh MUHAMMAD RIDUAN MOHD. HANAFIAH

SAINGAN Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) 2021 bakal membuka tirai malam esok untuk aksi Grand Prix Qatar selepas 11 pasukan telah melakukan persiapan terbaik untuk memulakan perlumbaan pertama di Litar Antarabangsa Losail di Qatar.

Lebih menarik pasukan-pasukan pengeluar seperti Yamaha, Ducati, Honda, KTM mahupun Suzuki hadir pada musim 2021 dengan jalan cerita berbeza bagi menghadapi musim ini.

Suzuki yang muncul juara dunia musim lalu akan beraksi tanpa kehadiran ketua pasukannya, Davide Brivio yang melakukan kejutan menyertai perlumbaan F1.

Pasukan Monster Energy Yamaha MotoGP membawa masuk taruhan terbaharunya, Fabio Quartararo selepas melepaskan Valentino Rossi dengan menyertai pasukan Petronas Yamaha Sepang Racing Team (SRT).

Honda dijangka tidak menurunkan Marc Marquez selepas enggan mengambil sebarang risiko berikutan kecederaannya setahun yang lalu. Sudah pasti tahun ini terdapat pelbagai kejutan akan hadir dalam perebutan gelaran dunia MotoGP 2021.

Aprilia Racing Team Gresini

Prinsipal : Massimo Rivola (sementara)
Pangkalan : Faenza, Itali
Jentera : Aprlia RS-GP
Pelumba : – Lorenzo Savadori (No. 32-Itali)
– Aleix Espargaro (No. 41-Sepanyol)

Ducati Lenovo Team

Pengurus Besar : Luigi Dall’Igna
Berpangkalan : Bologna, Itali
Jentera : Desmosedici GP21
Pelumba : – Jack Miller (No. 43-Australia)
– Francesco Bagnaia (No. 63- Itali)

Esponsorama Racing

Prinsipal : Raul Romero
Berpangkalan : Madrid, Sepanyol
Jentera : Desmosedici GP19
Pelumba : Luca Marini (No. 10-Itali)
Enea Bastianini (No.23-Itali)

LCR Honda

Prinsipal : Lucio Cecchinello
Berpangkalan : Monte Carlo, Monaco
Jentera :RC213V
Pelumba : Takaaki Nakagami (No.30-Jepun)
Alex Marquez (No.73-Sepanyol)

Monster Energy Yamaha MotoGP

Prinsipal : Lin Jarvis
Berpangkalan : Lesmo, Itali
Jentera : YZR-M1
Pelumba : Maverick Vinales (No.12-Sepanyol)
Fabio Quartararo (No.20-Perancis)

Petronas Yamaha SRT

Prinsipal : Razlan Razali
Berpangkalan : Sepang, Malaysia
Jentera : YZR-M1
Pelumba : Franco Morbidelli (No.21-Itali)
Valentino Rossi (No.46-Itali)

Pramac Racing Ducati

Prinsipal : Paolo Campinoti
Berpangkalan : Blaenau Gwent, United Kingdom
Jentera : Desmosedici GP21
Pelumba : Johann Zarco (No.5-Perancis)
Jorge Martin (No.89-Sepanyol)

Red Bull KTM Factory Racing

Prinsipal : Pit Beirer
Berpangkalan : Munderfing, Austria
Jentera : KTM RC16
Pelumba : Brad Binder (No.33-Afrika Selatan)
Miguel Oliveira (No.88-Portugal)

Red Bull KTM Tech 3

Prinsipal : Herve Poncharal
Berpangkalan : Munderfing, Austria
Jentera : KTM RC16
Pelumba : Danilo Petrucci (No.9-Itali)
Iker Lecuona (No.27-Sepanyol)

Repsol Honda Team

Prinsipal : Alberto Puig
Berpangkalan : Aalst, Belgium
Jentera : Honda RC213V
Pelumba : Pol Espargaro (No.44-Sepanyol)
Marc Marquez (No.93-Sepanyol)

Team Suzuki Ecstar

Prinsipal : Shinichi Sahara (sementara)
Jentera : Suzuki GSX-RR
Berpangkalan : Jepun
Pelumba : Joan Mir (No.36-Sepanyol)
Alex Rins (No.42-Sepanyol)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI