fbpx

Johor bikin Pahang ‘putih mata’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PASUKAN Johor Jewels akan menentang Selangor Angels habis-habisan untuk mendapatkan status sebagai juara Kumpulan B pada Ahad ini.

BIARPUN beraksi tanpa kapten, Noor Azilah Aziz kerana kecederaan lutut, ia ternyata bukan satu masalah besar buat Johor Jewels untuk menewaskan Pahang Tulips 71-44 pada aksi ketiga Kumpulan B Netball Super League (NSL) semalam.

Kemenangan Johor di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur itu menyaksikan Pahang terus kempunan untuk mengutip sebarang mata selepas tewas tiga perlawanan berturut-turut setakat ini.

Walaupun berstatus pasukan pilihan, namun Johor tetap terpaksa bekerja keras untuk menjarakkan kedudukan selepas bermula perlahan dengan kelebihan empat jaringan sahaja ke atas Pahang pada suku masa pertama.

Jurulatih Johor, Fazira Mesnan mengakui terpaksa membuat perubahan taktikal dengan memasukkan goal attack, Nur Ezzaini Mohd. Nor dan meletakkan Nuraina Raziani sebagai goal shooter untuk menjarakkan kedudukan dengan Pahang.

“Kami masih mencari-cari corak permainan sewaktu suku pertama. Perubahan berlaku pada suku kedua selepas saya mengubah pemain untuk membolehkan mereka mendapat kese­rasian yang lebih baik,” katanya.

Percaturan itu membawa hasil apabila Johor berjaya menja­rakkan kedudukan lebih besar dalam setiap set permainan de­ngan keputusan 35-26 (suku ke­dua), 55-35 (suku ketiga) dan seterusnya 71-44 pada suku terakhir.

Ia adalah kemenangan kedua berturut-turut Johor selepas terdahulu menewaskan Negeri Sembilan Venom 67-30 dan terikat 50-50 dengan Selangor Angels pada dua perlawanan pertama mereka minggu lalu.

Ia juga memberi bayangan Johor dijangka berupaya mencatat keputusan sama apabila bakal menghadapi Pahang sekali lagi untuk perlawanan keempat Kumpulan B esok.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI