fbpx

TDM, DBP lancar buku kisah perjuangan MALBATT 1

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Halim (kanan) bersama Abd. Halim menunjukkan buku Somalia: Belang Harimau Besi pada majlis pelancaran buku tersebut di Kem Lapangan Terbang di Sungai Petani hari ini.

SUNGAI PETANI – Tentera Darat Malaysia (TDM) dengan kerjasama Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) melancarkan buku Somalia: Belang Harimau Besi yang menceritakan tentang perjuangan Batalion Malaysia Pertama (MALBATT 1) di Somalia pada 1993.

Buku tersebut merupakan hasil karya pertama Mejar Jeneral Datuk Mohd. Halim Khalid yang berkongsi tentang pengalaman peribadi beliau sebagai Penolong Ketua Kompeni ketika bertugas di negara itu serta kejayaan dalam misinya bersama MALBATT 1.

Menurut Mohd. Halim, beliau menulis buku berkenaan bagi memberi kesedaran tentang jerih perih perjuangan dan pengorbanan anggota tentera.

“Selain itu, kita mahu memaklumkan kepada warga tentera darat dan masyarakat betapa perlunya kita menjaga keamananan negara melalui pembelajaran tentang sejarah,” katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran buku tersebut di Kem Lapangan Terbang di sini hari ini.

Hadir merasmikan majlis ialah Panglima Tentera Darat, Jeneral Tan Sri Zamrose Mohd Zain.

Kata beliau, buku berkenaan tidak hanya menceritakan tentang pengalaman dirinya sahaja, malah banyak lagi kisah watak-watak lain yang turut menyumbang dalam kejayaan misi MAlBATT 1 di Somalia.

“Saya cuba mengumpulkan sebanyak mungkin pengalaman rakan-rakan lain yang berjuang di Somalia di dalam satu buku bagi menyemai semangat patriotisme dalam kalangan masyarakat,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarah Operasi DBP, Abd. Halim Harun berkata, sebagai permulaan, DBP mencetak sebanyak 1,000 naskhah buku berkenaan.

Katanya, pihaknya akan bekerjasama dengan Perpustakaan Negara supaya buku itu boleh didapati di rak-rak buku perpustakaan awam dan perpustakaan sekolah di seluruh negara. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI