fbpx

Bekas Timbalan Pendakwa Raya diburu Polis Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ayob Khan menunjukkan gambar dan butiran suspek yang diburu Polis Johor bagi membantu siasatan berhubung kes pengubahan wang haram dan jenayah komersial. Foto RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU – Polis Johor sedang mengesan seorang bekas Timbalan Pendakwa Raya bagi membantu siasatan kes berkaitan pengubahan wang haram serta jenayah komersial.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, lelaki yang diburu itu dikenali sebagai Md. Azar Izwan Mohd. Arifin @ Datuk A. Janus , 42.

Menurutnya, suspek yang dikehendaki itu merupakan individu penting dalam kegiatan sindiket penipuan selain mempunyai kaitan berhubung kes Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee, 33.

“Suspek merupakan bekas Timbalan Pendakwa Raya yang telah menamatkan perkhidmatan dan dipercayai telah melarikan diri dan alamat terakhir di Puchong.

“Individu atau ahli keluarga yang mempunyai maklumat berhubung kedudukan suspek sila berhubung dengan Asisten Superintendan V. Prakash ditalian 012-5209767,”katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas tamat Upacara Perbarisan Sempena Sambutan Hari Polis Ke-214 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor di sini hari ini.

Ayob Khan berkata, sehingga kini seramai 92 suspek yang mempunyai kaitan dengan sindiket ini telah ditangkap di Puchong, Selangor.

Jelasnya, polis yakin akan ada lagi individu akan diberkas dalam masa terdekat.

“Daripada 92 suspek yang ditahan, 40 individu ditahan dibawah Sosma (Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012) dan bakinya kita buat tapisan, mereka tidak terlibat secara langsung sebelum dibebaskan,”katanya.

Ahad lalu, Polis Johor mengedarkan butiran serta gambar lelaki yang diburu bergelar Datuk Seri Nicky Liow Soon Hee.

Suspek merupakan pengasas Winner Dynasty Group itu dikehendaki untuk siasatan di bawah Seksyen 130 V hingga 130 ZB Kanun Keseksaan bagi kesalahan kumpulan jenayah terancang.-K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI