fbpx

Risteena, Isa larang guna gambar ‘bulan madu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Risteena dan Isa memberi arahan menerusi Instagramnya sebentar tadi.

PETALING JAYA – Pelakon Risteena memberi amaran tegas kepada sebuah portal berita agar tidak menggunakan gambar atau memetik sebarang perkongsian dalam Instagram miliknya dan suami, Isa Khan untuk sebarang laporan berita.

Amaran tegas tersebut dimuat naik Risteena atau nama sebenarnya Nur Risteena Munim menerusi hantaran terbaharu dalam Instagramnya sebentar tadi.

“Saya dan Isa Khan tidak memberi kebenaran mana-mana gambar dan berita tentang kami disiarkan dalam portal tersebut.

“Tolong maklumkan saya sekiranya masih ada gambar kami digunakan tanpa izin. Terima kasih,” tulisnya.

Semalam, Kosmo! Online melaporkan pasangan selebriti itu dipanggil pihak polis untuk membantu memberikan keterangan berhubung dakwaan rentas negeri ke Sabah untuk berbulan madu.

Terdahulu, percutian bulan madu pasangan pelakon Risteena dan Isa Khan di Semporna, Sabah mencetuskan pelbagai tanda tanya dan kemarahan netizen dalam laman sosial.

Rata-rata netizen mempertikaikan tindakan pasangan romantis itu yang mendapat kebenaran rentas negeri dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan kerajaan.

Tidak terhenti di situ, netizen turut mempersoalkan kegagalan Risteena dan suami mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dengan tidak memakai pelitup muka. – K! ONLINE

Hari ini, wartawan portal itu tampil mempertahankan diri selepas kedua-dua pasangan tersebut didakwa difitnah menerusi artikel yang disiarkan.

Difahamkan, Risteena langsung tidak membalas atau memberikan sebarang respons terhadap pertanyaan yang diajukan kepadanya tempoh hari. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI