fbpx

Putera Harry kini bergelar eksekutif syarikat latihan online

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Putera Harry dilantik sebagai Ketua Pegawai Impak di syarikat BetterUp.- Samir Hussein/Wire Image

SAN FRANCISSCO, California-Putera Harry yang mungkin kehilangan  gelaran dirajanya kini bakal memulakan tugas sebagai seorang eksekutif di sebuah syarikat baharu.

Duke of Sussex itu akan dilantik sebagai Ketua Pegawai Impak untuk sebuah syarikat perkhidmatan latihan online, BetterUp di San Francisco.

Sebagai seorang kakitangan baharu, Harry akan membantu syarikat tersebut dalam strategi produk, sumbangan amal dan juga penyokong isu-isu melibatkan kesihatan mental yang merupakan salah satu keutamaan BetterUp.

Syarikat tersebut bagaimanapun tidak mendedahkan maklumat berkenaan perjanjian lantikan Harry dan juga bayaran yang diterima beliau.

Ini merupakan pertama kali Harry dilantik dalam jawatan rasmi di luar tugasan diraja selepas lebih setahun beliau dan isterinya, Meghan Markle mengumumkan penarikan diri daripada keluarga diraja Britain.

Dalam satu temubual bersama pengacara tersohor, Oprah Winfrey baru-baru ini, pasangan tersebut mendedahkan berdepan masalah mental dan gangguan daripada akhbar tabloid Britain selain isu perkauman yang memaksa mereka meninggalkan Britain.

Harry dilaporkan tidak akan mempunyai sebarang tugasan tertentu bagi posisi baharunya namun beliau diharapkan meluangkan waktu di ibu pejabat syarikat itu di San Francisco, demikian menurut laporan Wall Street Journal.

Beliau juga dijangka bakal tampil sebagai wakil syarikat dalam kebanyakan acara atau majlis rasmi yang melibatkan BetterUp. -Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI