fbpx

Tengku Zafrul terima Darjah SUMV

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) sekali gus membawa gelaran Datuk Seri Utama. /FOTO ISTANA NEGARA

PETALING JAYA- Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat kepada 143 individu sempena Hari Wilayah Persekutuan 2021 di Istana Negara tadi.

Mendahului senarai penerima istiadat sesi pertama itu ialah Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Utama Mahkota Wilayah (SUMW) sekali gus membawa gelaran Datuk Seri Utama.

Turut menerima darjah SUMW ialah Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Selain itu, seramai 15 individu dianugerahkan Darjah Seri Mahkota Wilayah (SMW) yang membawa gelaran Datuk Seri termasuk Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Turut hadir pada istiadat itu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI