fbpx

ADUN Amanah nafi tuduhan mencabul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Faiz.

PETALING JAYA- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permatang Pasir, Faiz Fadzil menafikan tuduhan mencabul seorang pembantu kedai seperti yang dilaporkan sebelum ini.

Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Amanah Nasional juga mahu mengambil tindakan undang-undang kepada pihak tertentu bagi membersihkan semula namanya.

“Saya mengesahkan telah dipanggil untuk satu siasatan polis pada 18 Mac lalu berkaitan satu laporan ke atas saya. Saya telah memberikan kerjasama kepada pihak polis dan akan terus membantu proses siasatan.

“Saya telah memberikan kenyataan saya kepada pihak polis selain menafikan tuduhan tersebut. Butiran pembelaan tidak dapat didedahkan memandangkan siasatan masih berjalan,” katanya tadi.

Beliau berkata demikian sebagai memberi reaksi kepada laporan sebuah portal berita yang mendakwa ADUN pembangkang disiasat tuduhan mencabul.

Katanya, beliau akan meneruskan tugas sebagai ADUN seperti biasa dan akan terus berjuang untuk menegakkan demokrasi serta keadilan sosial. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI