fbpx

Ops Benteng: 59 PATI ditangkap semalam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Seramai 59 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditangkap pihak berkuasa menerusi Ops Benteng semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, turut dirampas adalah empat buah bot atau kapal serta lima kenderaan darat.

“Dalam operasi itu, pihak berkuasa turut mengesan 39 buah bot atau kapal di perairan negara melalui tujuh aktiviti penglihatan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, sebanyak 266 Sekatan Jalan Raya (SJR) dijalankan semalam oleh PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta agensi-agensi keselamatan yang lain.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, seramai 2,449 warga asing telah menjalani ujian saringan Covid-19 dan daripada jumlah itu, 10 orang didapati positif virus berkenaan.

Beliau turut memaklumkan, seramai 873 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa semalam dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI