fbpx

Doktor rugi RM287,360 tertipu pegawai LHDN

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aibee Abd. Ghani

SEREMBAN – Seorang doktor terpaksa menanggung kerugian kira-kira RM287,360 susulan tertpu dengan sindiket Macau Scam menyamar pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Negeri Sembilan, Superintendan Aibee Abd. Ghani berkata, mangsa berusia 25 tahun dan bertugas di salah sebuah hospital di daerah ini telah tampil membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Campbell, semalam.

Menurutnya, pada 6 Februari lalu, mangsa yang berada di tempat kerja telah menerima panggilan daripada nombor telefon 019-3946324 perkenal diri sebagai pegawai daripada LHDN dan dikatakan mempunyai cukai tertunggak berjumlah RM 38 000.

“Talian berkenaan kemudiannya telah disambungkan ke IPK Pahang dan mangsa kemudiannya dimaklumkan terlibat dalam urusan penggubahan wang haram dan juga dadah.

“Mangsa telah diminta untuk melapor diri dan terus berhubung melalui whatsapp dengan pemanggil melalui nombor telefon 6014-7410051,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, tadi.

Aibee berkata, pada 8 Februari lalu, mangsa sekali lagi menerima panggilan dan dimaklumkan akan dibantu untuk menyelesaikan semua kes tersebut dan telah memberi mangsa nombor talefon 014-7410596. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI