fbpx

Gandingan romantis Song Kang, Han So-hee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SONG Kang dan Han So-hee akan bergandingan menerusi sebuah drama baharu tidak lama lagi.

AKHIRNYA impian peminat K-drama menyaksikan aktor Song Kang dan Han So-hee disatukan menerusi sebuah projek bersama tercapai apabila mereka bersetuju membintangi naskhah terbaharu berjudul I Know It.

Naskhah yang diadaptasi daripada drama web dengan nama judul sama berkenaan membawa kisah seorang wanita bernama Yoo Na-bi yang mahu bercinta tapi tidak percayakan cinta.

Hero drama berkenaan pula bernama Park Jae-uhn dan menyifatkan hubungan cinta adalah perkara menyusahkan tetapi sangat gemar memikat ramai gadis.

So-hee mengakui bersemangat untuk melakonkan watak Na-bi kerana menyifatkannya mampu menonjolkan sisi berbeza dalam karier lakonannya.

Meskipun gementar menanti reaksi penonton, aktres berusia 27 tahun itu berkata, dia tidak sabar untuk memulakan penggambaran.

“Saya sangat bersemangat dan tidak sabar untuk berlakon dalam drama ini. Awalnya memang gugup dan rasa terbeban tetapi pada masa sama tidak sabar untuk memulakan penggambaran bersama orang-orang luar biasa dalam produksi ini,” katanya.

Difahamkan, sumber produksi memberitahu, drama I Know It bakal ditayangkan menerusi saluran JTBC bermula Jun depan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI