fbpx

Jaemin kembali aktif dalam media sosial

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
JAEMIN

ANGGOTA kumpulan NCT, Jaemin membuat kemunculan semula dalam Instagram miliknya setelah hampir empat bulan menyepikan diri.

Menerusi sekeping foto yang dimuat naik, Jaemin tampil dengan mengenakan sehelai kemeja-T Celine dengan emoji berbentuk hati berwarna ungu sebagai kapsyen.

Foto pertama untuk tahun 2021 tersebut turut menjadikan jenama pakaian yang digayakannya trending dalam Twitter beberapa jam selepas dimuat naik.

Menerusi ruangan komen, peminat dan pengikut memberikan respons kepada foto tersebut. Rata-ratanya meluahkan rasa rindu serta mengucapkan selamat kembali kepada Jaemin.

Dalam perkembangan lain, NCT yang kini dianggotai tujuh ahli baru sahaja membuat kemunculan semula menerusi album berjudul NCT 2020 yang memuatkan empat buah lagu.

Bukan itu sahaja, kumpulan berkenaan juga turut meluncurkan sebuah single berjudul Resonance pada Disember lalu yang kini telah mencecah 75 juta tontonan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI